Di Shopee, ada pantang larangnya yang tersendiri. Pantang
larang atau peraturan sebegini sangat penting untuk memastikan platform ini
dapat terus berjalan dan berfungsi dengan baik serta tidak melanggar sebarang
akta.
Polisi Barang Terlarang
Memang di Shopee anda boleh jual apa sahaja. Tetapi, ada
beberapa perkara yang anda tidak boleh jual disini.
Jika difikirkan logik akal sekalipun, memang tidak patut
sekiranya anda terfikir dan menjual barang-barang yang bakal dinyatakan ini.
Tapi, lebih baik sekiranya anda baca, hadam dan faham
kesemuanya yang terdapat didalam polisi ini.
1. Pelanggaran Terma dan
Syarat Polisi Barang Terlarang
Bagi setiap pelanggaran polisi, anda berkemungkinan besar
dikenakan tindakan berikut:
● Segala listing anda akan
di”delete”
● Anda akan disekat beberapa
hak atau “features” untuk akaun anda
● Akaun anda akan digantung
atau ditamatkan
● Tindakan undang-undang
2. Senarai Barang Terlarang
● Produk berasaskan haiwan dan
hidupan liar
● Artifak dan barang antik
● Wang dan cop palsu
● Kad kredit dan debit
● Sebarang jenis wang
termasuklah wang digital
● Dadah dan ubat-ubatan
● Peralatan komunikasi yang
tidak didaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan
peralatan elektronik yang sama seperti TV descrambler, pengesan radar, pengawal
signal trafik, alat pengesan panggilan dan alat perakam panggilan
● Barang yang disekat
● Senjata api dan senjata
seperti semburan serbuk lada, replika, “stun gun” dan lain-lain
● Makanan terlarang : Untuk
keselamatan pengguna, penjual tidak dibenarkan untuk menjual sebarang makanan
atau berkaitan dengan makanan seperti berikut:
○ Makanan yang mendakwa mampu
untuk menyembuhkan dengan cara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan
kajian kesihatan dan sains
○ Beracun atau berisiko untuk
memberikan keracunan
○ Produk tenusu yang tidak
dibasmi kuman
○ Cendawan liar
○ Makanan yang berisiko untuk
membahayakan kesihatan
● Barang-barang yang berkaitan
dengan kerajaan atau polis seperti pakaian seragam dan juga lencana
● Anggota badan dan organ
manusia
● Alatan untuk “lock-pick”
● Tiket loteri
● Racun serangga
● Mesin slot
● Saham
● Tobacco atau yang berkaitan
dengan tobacco
● Bahan-bahan cetak, buku,
filem, video dan permainan video yang tidak mematuhi undang-undang percetakan
dan penerbitan
● Barang curi
● Barang yang tidak dilabel
dengan betul
Banyak sebenarnya barang-barang yang dilarang di Shopee.
Sebelum anda menjual, sangatlah digalakkan untuk anda melihat dahulu senarai
ini supaya anda tidak akan dikenakan sebarang tindakan daripada pihak Shopee
mahupun pihak berkuasa.
Kalau anda tahu apa yang tak boleh dijual tapi tak tahu apa
yang terbaik untuk dijual, anda tak akan mampu untuk menjana pendapatan
sebanyak mungkin dengan Shopee.
Jadi, cara yang terbaik adalah dapatkan panduan Rahsia
Shopee.
Dengan Rahsia Shopee:
● Anda tak akan terlanggar
sebarang peraturan
● Anda tidak akan meletakkan
diri anda dalam masalah
● Anda akan memaksimumkan
potensi anda untuk berjaya
● Anda akan kurang membuat
kesilapan
● Anda berpeluang untuk
mendapat bimbingan daripada pakar dan banyak lagi
.
Nak panduan buat duit dengan Shopee?
Anda akan ditunjukkan cara yang betul untuk buat RM1,000 sehari di Shopee. Sekiranya anda seorang yang sukakan buat duit tambahan seperti di Shopee,
Panduan Rahsia Shopee boleh bantu anda merealisasikan impian tersebut. Hadam, fahamkan dan terus buat. Jika ada masalah, boleh terus rujuk ke dalam fb group support Rahsia Shopee.
Panduan Rahsia Shopee boleh dapat di sini..
No comments:
Post a Comment